Tuesday 20 November 2012

SAK DATO TEMPLE THE BEST!

SAK DATO TEMPLE. kenapa aku perlu tulis pasal tokong? sebab kitorang (aku, maryam, mida, mirawani) kena buat assignment TITAS pasal tokong. ouh, actually, bukan tokong je. RUMAH IBADAT DI MALAYSIA. ada yg pergi masjid, kuil, god vara, church. and group aku nk pilih tokong. kenapa tokong? aku pun taktau. sebab nk jadi kaya mcm org cina kott. hahaha

Assignment nih mmg dah lama sgt dah kitorang dpt. awal2 masuk degree lecturer terus bagi. tapi biasa lah kan. bertangguh itu pencuri masa. mmg habis lah masa. tapi pegi shopping tak pernah nk bertangguh plak kan. okay, lari topic.

Kitorang plan nak pergi hari weekend lah. sebab time tu je cuti kan. and yg penting time tu je yang takde kelas. tapi ade je halangan. Dipendekkan cerita, bertangguh lah. Last2, tukar plan, hari isnin (12 Nov 2012), fax surat, call tokong mintak permission nk pergi esok nya. esok nya tu cuti Deepavali. tapi yelaa. baru fax surat pg td esok nk datang. ade ke org nk terima? don't worry, uncle2 nih manyak baik hati maa. kitorang dpt pergi! Seronok tu toksah dok kata lahh. sebab dah tak lalu nk simpan assignment nih lame2 kann.

this is uncle Yong.

Dapat je msg dari Uncle Yong, terus pergi cari cenderahati. nk bg kat tokong tu lahh. dalam kalut2 tu, mne nk cari hadiah weh? yg paling penting, pukul 2 karang ade test law! gila mmg kitorang berani mati lah nk jugak buang masa cari hadiah tu. takpe2, berkorban. last2, jumpa! seronok aihhh! Then, kol Abang Amin, kata nak sewa kereta. RM40 separuh hari. no hal lah kann. Dah settle semua tu, okay, masuk dewan, selak2 nota jap, test! okay, lari tajuk lagi. habis test, sembang balik pasal tokong! eksaited kemain!

cenderahati :)

Malam nk pergi tu, masing2 sibuk laa duk google maps nk cari jalan nk pergi Broga tuu. okay, lupa nk cakap. Sak Dato Temple tu dekat Broga. So, kitorang kena cari jalan nk ke Semenyih dulu lah. Baru boleh jumpa Broga. Alahai, payah nya jalan kt google maps tuu. Almaklumlah, driver kitorang tu reti drive je tapi nk tau jalan, hapahhh. hahaha *sorry yam*. Last2, tanya2 org, suruh diorang buatkan peta, and okay, settle bab jalan!

Okay, pagi Selasa. (13 Nov 2012). Eksaited aihh. Bukan sebab teruja nk pergi tokong, eh, teruja lah jugak. tapi rasa mcm tak sia-sia duk berkejaran semalam, hari nih dpt pergi jugak. So, janji pukul 8 tapi kalo org melayu mcm mana? lambat setengah jam kann. okay, 8.30 pagi. Dapat pulak 1 masalah. semalam Abang Amin tu dah call siap2 dah, 'esok pagi kejut abg, takut abg tak bgn je.' Memang abg memang. Dah nk patah jari aku dial number dy. tak bangun2! dah mcm dy tu pakwe aku pulak aku kena kejut dy bgn pagi. bukan sekali okay, berkali2! sabar je lah, last2, kitorang call abg kepada Abang Amin, dy bg kitorang kereta. Settle 1 masalah.

Pukul 9, baru lah bertolak. berpandukan peta yang Anis sayang aku tu bagi, kitorang tak sesat lah sampai Semenyih. nmpk je bandar Semenyih, rasa nk melompat! *okay, hiperbola* maklumlah, tak pernah sampai kan. Tapi, sampai Semenyih je lah, pastu SESAT! yelaa, peta Anis sampai Semenyih je kot. nk pergi Broga kena usaha sendiri sebab Anis pun taktau. nak mampos. malu tapi mahu, kena lah tny orang. Member aku nih pergi lah tny sorang makcik, ciss, tak boleh harap sungguh! Nak aku jugak pergi tanya. hahaha dapat je jalan, beli kuih sikit kat makcik tuu, gerakk.

Pukul 10.10 pagi, akhirnyaaaa. sampai lah ke SAK DATO TEMPLE yang kitorang idam-idamkan. menjerit2 macam monyet! penat weh nk carik jalan tuu. ingat senang ke? atas bukit nun! hahaha sampai2 je, ade sorang cina nih sebut nama aku. okay, dia lah uncle Yong. dgn pelat2 cina dy sebut nama aku. ntah ape jadi dgn nama aku time tu. naseb aku paham. hahaha

mak aihh, besar gilaa tokong! dah lah berbukit2! mau separuh nyawa nk pusing semua tempat. Kitorang pegi 11 tempat menarik kt tokong nih. peluh tu tak payah cakap lah. penat kemain! act, tokong nih bukan tokong semata2, ia adalah sebuah pusat pelancongan. sebab tu besar. ada zoo mini lah, taman buah-buahan lah. besar lah senang cerita. so, tgk gambar je lah eh. Gambar-gambar ni akan menceritakan segala-galanya. :)






      

 














okay, gambar last tu kitorang dgn cikgu kitorang. dia lah petunjuk arah kitorang. peluh2 kita panjat2 bukit kan cikgu. Thank you cikgu! siap assignment kitorang sebab cikgu. Doakan kitorang dapat buat yang terbaik untuk present nanti.

sampai sini je cerita Sak Dato Temple. sekian :)




















Thank you for reading this :)