Tuesday 20 November 2012

SAK DATO TEMPLE THE BEST!

SAK DATO TEMPLE. kenapa aku perlu tulis pasal tokong? sebab kitorang (aku, maryam, mida, mirawani) kena buat assignment TITAS pasal tokong. ouh, actually, bukan tokong je. RUMAH IBADAT DI MALAYSIA. ada yg pergi masjid, kuil, god vara, church. and group aku nk pilih tokong. kenapa tokong? aku pun taktau. sebab nk jadi kaya mcm org cina kott. hahaha

Assignment nih mmg dah lama sgt dah kitorang dpt. awal2 masuk degree lecturer terus bagi. tapi biasa lah kan. bertangguh itu pencuri masa. mmg habis lah masa. tapi pegi shopping tak pernah nk bertangguh plak kan. okay, lari topic.

Kitorang plan nak pergi hari weekend lah. sebab time tu je cuti kan. and yg penting time tu je yang takde kelas. tapi ade je halangan. Dipendekkan cerita, bertangguh lah. Last2, tukar plan, hari isnin (12 Nov 2012), fax surat, call tokong mintak permission nk pergi esok nya. esok nya tu cuti Deepavali. tapi yelaa. baru fax surat pg td esok nk datang. ade ke org nk terima? don't worry, uncle2 nih manyak baik hati maa. kitorang dpt pergi! Seronok tu toksah dok kata lahh. sebab dah tak lalu nk simpan assignment nih lame2 kann.

this is uncle Yong.

Dapat je msg dari Uncle Yong, terus pergi cari cenderahati. nk bg kat tokong tu lahh. dalam kalut2 tu, mne nk cari hadiah weh? yg paling penting, pukul 2 karang ade test law! gila mmg kitorang berani mati lah nk jugak buang masa cari hadiah tu. takpe2, berkorban. last2, jumpa! seronok aihhh! Then, kol Abang Amin, kata nak sewa kereta. RM40 separuh hari. no hal lah kann. Dah settle semua tu, okay, masuk dewan, selak2 nota jap, test! okay, lari tajuk lagi. habis test, sembang balik pasal tokong! eksaited kemain!

cenderahati :)

Malam nk pergi tu, masing2 sibuk laa duk google maps nk cari jalan nk pergi Broga tuu. okay, lupa nk cakap. Sak Dato Temple tu dekat Broga. So, kitorang kena cari jalan nk ke Semenyih dulu lah. Baru boleh jumpa Broga. Alahai, payah nya jalan kt google maps tuu. Almaklumlah, driver kitorang tu reti drive je tapi nk tau jalan, hapahhh. hahaha *sorry yam*. Last2, tanya2 org, suruh diorang buatkan peta, and okay, settle bab jalan!

Okay, pagi Selasa. (13 Nov 2012). Eksaited aihh. Bukan sebab teruja nk pergi tokong, eh, teruja lah jugak. tapi rasa mcm tak sia-sia duk berkejaran semalam, hari nih dpt pergi jugak. So, janji pukul 8 tapi kalo org melayu mcm mana? lambat setengah jam kann. okay, 8.30 pagi. Dapat pulak 1 masalah. semalam Abang Amin tu dah call siap2 dah, 'esok pagi kejut abg, takut abg tak bgn je.' Memang abg memang. Dah nk patah jari aku dial number dy. tak bangun2! dah mcm dy tu pakwe aku pulak aku kena kejut dy bgn pagi. bukan sekali okay, berkali2! sabar je lah, last2, kitorang call abg kepada Abang Amin, dy bg kitorang kereta. Settle 1 masalah.

Pukul 9, baru lah bertolak. berpandukan peta yang Anis sayang aku tu bagi, kitorang tak sesat lah sampai Semenyih. nmpk je bandar Semenyih, rasa nk melompat! *okay, hiperbola* maklumlah, tak pernah sampai kan. Tapi, sampai Semenyih je lah, pastu SESAT! yelaa, peta Anis sampai Semenyih je kot. nk pergi Broga kena usaha sendiri sebab Anis pun taktau. nak mampos. malu tapi mahu, kena lah tny orang. Member aku nih pergi lah tny sorang makcik, ciss, tak boleh harap sungguh! Nak aku jugak pergi tanya. hahaha dapat je jalan, beli kuih sikit kat makcik tuu, gerakk.

Pukul 10.10 pagi, akhirnyaaaa. sampai lah ke SAK DATO TEMPLE yang kitorang idam-idamkan. menjerit2 macam monyet! penat weh nk carik jalan tuu. ingat senang ke? atas bukit nun! hahaha sampai2 je, ade sorang cina nih sebut nama aku. okay, dia lah uncle Yong. dgn pelat2 cina dy sebut nama aku. ntah ape jadi dgn nama aku time tu. naseb aku paham. hahaha

mak aihh, besar gilaa tokong! dah lah berbukit2! mau separuh nyawa nk pusing semua tempat. Kitorang pegi 11 tempat menarik kt tokong nih. peluh tu tak payah cakap lah. penat kemain! act, tokong nih bukan tokong semata2, ia adalah sebuah pusat pelancongan. sebab tu besar. ada zoo mini lah, taman buah-buahan lah. besar lah senang cerita. so, tgk gambar je lah eh. Gambar-gambar ni akan menceritakan segala-galanya. :)






      

 














okay, gambar last tu kitorang dgn cikgu kitorang. dia lah petunjuk arah kitorang. peluh2 kita panjat2 bukit kan cikgu. Thank you cikgu! siap assignment kitorang sebab cikgu. Doakan kitorang dapat buat yang terbaik untuk present nanti.

sampai sini je cerita Sak Dato Temple. sekian :)




















Thank you for reading this :)

Monday 8 October 2012

TAMSILIAH ARAB =)

ASSALAMUALAIKUM .. 

lama gila dah tak conteng-conteng kat blog nih . rindu ? sikit lah kann . biasa lah , dah masuk U nih , nak kata busy tu , paham2 lah , student kann =)

hari tuu , kitorang ada dapat 1 task drp lecturer . tamsiliah . tamsiliah tu dalam bahasa melayu nya , lakonan . sebenarnya takde lah lakonan mana pun . sepatutnya lecturer just suruh kitorang buat hiwar je . sebab tajuk first kitorang belajar ialah taaruf . so , kena berhiwar lah . 5% . 

tapi , group aku nih terlebih excited . dah tak rupa hiwar kot . mmg berlakon sungguh . idea sape ? aku pun tak ingat dah . hahaha yang pasti , memang agak kalut jugak lah nk prepare mende2 nih . 

hari first jumpa , kitorang siapkan peralatan2 berlakon . semangat gilaa gunting2 kotak ! hahaha  
hari second plak , duk rancang dialog apa nak cakap nti . discuss2 , dapat lah idea . macam seronok jugak kann . malu tak malu . ahh , gasakkk ! hahaha


ini lah barisan pelakon-pelakon nya . hahaha


lakonan kitorang nih mengisahkan tentang seorang penjual aiskrim yang baru berniaga aiskrim di taman perumahan . ummi dan anaknya sedang bersiar2 di kawasan tersebut . tiba-tiba , terdengar pakcik aiskrim menyanyi-nyanyi lagu matkool . mereka membeli aiskrim tersebut . beberapa minit kemudian , anak ummi sakit gigi kerana makan 2 aiskrim serentak lalu ummi membawa anak nya berjumpa doktor . doktor mencabut gigi anak ummi yang rosak itu dan memberikan sedikit nasihat tentang penjagaan gigi yang betul . so , kesimpulan yang kita boleh ambil daripada cerita ini ialah , jaga lah gigi anda ! hahaha

before kitorang start , ahli group aku semua tangkap2 gambar . excited nak berlakon kann . okayy , aku je tak . aku kan tak 'peghok' mcm diorang . hahaha --'


ummi.. =)


penjual aiskrim.. =)


doktor gigi.. =)


dan , aku sebagai anak ummi . hahaha ummi lagi kecik daripada anak . normal lah tuu kannn . =)

so , akhir kata , tonton lah video lakonan kitorang . selamat menonton..

ini lah kami , sekian . =)



Thank you for reading this :)

Friday 24 August 2012

SYOK NYE RAYAAAA !

SALAM AIDILFITRI untuk semua umat islam . puasa tak penuh pun kalo raya mesti nak semangat jugak kan . adat org melayu . hahaha takpe lah , duet raya tu penting . buat duet poket nak masuk U nanti . kahkah . setiap tahun seperti kebiasaan . raye di kelantan ! itu wajib . ummi nak lepas rindu kat ayahanda dan bonda nya . maklum lah , jarang balek . jaoh wehh perak-kelantan .

JUMAAT
okay , bertolak . excited habis lah . dah lah naek 2 kereta . org bujang dgn org tua nih feel dy laen sikit . sebab tu kena naek 2 kereta kann . jalan pun okay , tak jam sangat . maklumlah , org kelantan cuti awal sehari drp org perak . so , jalan stabil . cuma ade accident bas-kereta . tyme tu je jam . taktau lah kalo ade jam laen kan , mcm biasa lah , naek je kereta , terus pejam mata kann . hahaha keluar rumah pukul 8.30 pagi . sampai pukul 6.30 petang . elok sgt lah tuu , sampai2 terus bukak puasa . ngeh ngeh .

SABTU
seperti kebiasaan lah , kena kemas rumah tok ayah . alahai , part nih paling lemah . bila ummi dah keluarkan suara dy tuu , nak taknak kena jugak lah bergerak . maklum lah , family ktorg boleh nak kata sebagai tuan rumah lah jugak kt rumah tok ayah tuu sebab adek bradik ummi yg laen majoriti nya mg rumah dyorg kt klate . dr pagi sampai petang mengemas . tak cukup lagi tuu , malam duk smbung lagi . tp aku dah tak terlibat . bg anak teruna plak lah tolong ummi . petang td duk melangut je . sakit hati . hahaha

AHAD
tema : kelabu

yeay ! raya ! okay , part nih paling meriah . kelantan kan , byk gilaa masjid + surau . kt mane2 pun denga takbir . alahai , seronok nya . bersahut-sahutan . meriah sungguh ! lepas solat raya , salam2 abah ummi , tangkap2 gamba . pap ! atun (adek pompuan aku) delete semua gamba wehhh ! sadis gilaa lah minah tuu , time tu nk marah pun tak guna , sebab muka dy sgt lah cuak . yelaa , gamba pagi raya kott . hampeh gilaaa . =(

ISNIN
tema : coklat

hari raya kedua . harini baru pegi jalan2 rumah sedara2 . sebab semalam semua sedara datang rumah tok ayah . kumpul ramai2 kat rumah tuu . mg setiap tahun mcm tuu . hahaha



 
                         


part nih memang dyorg takde keje . nih tyme nak tunggu aku lah kot solat . lame sgt . deme duk merepek-repek tgkp gmba lompat2 . okay , aku takde . 


 

 



SELASA
tema : hijau

raye ketiga nih tinggal aku , kakak aku ng adek aku yg laki tu je yg ikut beraya . atun mg awal2 dah jmpa kawan . cousin rapat dy kt klate tuu . mg dy tak engt kt kitorg dah lah . raya pun dy ikut pakcik aku tu je . and abg aku pun turut menghilang jugak . biasa lah . anak muda kann . hahaha


    


RABU
tema : purple

ummi tuka plan last minute . nak balek perak hari khamis . dulu kata nk blek jumaat ! takut jam kata nya . tak boleh pegi raya dah sebab nak pegi beli barang2 . so , arini kitorg raya kt rumah jiran sebelah je lah . rumah pakcik aku yg paaaling muda . so , tak pakai lah baju raya purple tu . tak boleh tgkp gmba . sebab dekat sgt . takde kerja aku nak pakai baju raya . hahaha punya lah malas . lepas zohor , dyorg pegi shoping2 kat kota bharu . mcm biasa lah , org duk tempah keropok lah , budu lah , beras siam lah . shopping shopping shopping sampai dyorg puas . okay , aku lagi rela tido kt rumah daripada pegi shopping panas2 terik tuu . hahaha . aku tak pegi . senang cerita . =)


KHAMIS
balek ipoh ! bia betul ??? kejap je raya . alaaa , tak puas lagi kutip duet raya nihh ! hahaha tu je yg penting punn . kahkahkah . takpe lah , sambung kutip kt perak plak . nk balek perak dah , babai klate . tahun depan lah plak kita jumpa kan , setahun skali je kann . 



 


JUMAAT
arini raya kat belah perak plak . belah abah . tp aku tak pegi . sakit perut . melantak banyak sangat kat kelantan dulu kott . so sampai sini je lah raya aku tahun nih . duet raya pun ade lah sikit2 kan . boleh lahh . hahaha babai !






Thank you for reading this :)