Sunday 18 August 2013

Konvoi Raya 2013

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.

Rayaaaa datang lagiiii! 46 TaayahTERhebat telah menjayakan 1 misi konvoi raya yg paling meriah setakat nih aku rasa. Mana tak meriah, sehari 10 rumah kitorang tibai. Letih tu kompem lah, tambah2 org teluk intan dgn taiping. Sanggup diorang turun ipoh nk memeriahkan konvoi raya nih. Setelah ditimbang kira, jumlah kitorang yg join tu lebih kurang 20 orang. Kecohhh! Kalah melodi uollsss. Hahaha

Rumah 1: Fana Amin.
Menu: Mee Sup plus begedil.



Rumah 2: Fasa
Menu: Mee Kari



Rumah 3: Alin
Menu: Bihun Goreng plus Kek Lapis



Rumah 4 : Teacher Salwani
Menu: Yimee plus Kek Coklat



Rumah 5: Cikgu Ain
Menu: Spagetti plus Roti Telur



Rumah 6: Azzwa
Menu: Nasi Impit Kuah Kacang

Rumah 7: Jue
Menu: Bihun Singapore

Rumah 8: Faj
Menu: Spagetti plus Lemang

Rumah 9: Tinbad
Menu: Laksa plus Cempedak Goreng



Rumah 10: Baini
Menu: Makanan Made in China

_________________________________________________________________________________

Mana2 rumah yg kitorang tak sempat bergambar tu menandakan kitorang beraya kat rumah tu waktu2 kronik. Mmg dah penat gila sbb berderet2 tanpa henti.

Akhirnya, misi KONVOI RAYA 2013 berakhir dgn jaya nya. Moga kita ketemu di lain event pulak ye uollss. Sekian.


Thank you for reading this :)

Wednesday 10 July 2013

Detik Kami Bersama --> Sg. Gabai!


here we come! Sg. Gabai Waterfall.

Perjalanan yg beronak duri. Sangat mencabar. 27 June 2013. Khamis.

Janji orang melayu. Suruh berkumpul pukul 7.00 am tapi gerak pukul 8.30 am. Itu normal. Tak boleh nak salah kan sesape sampai kan ada org tak sempat nk mandi pg kan. Hahaha 

Okay, Kita gerak. Kami konvoi 5 kereta. Itu biasa. Yang masalah nya sekarang nih, 3 kereta auto, 2 kereta manual. Kelajuan berbeza. 2 kereta viva tertinggal jauh di belakang. Tp disebabkan semangat konvoi tu ada, kami tetap setia menunggu :)

Perjalanan kami hanya mengambil masa selama sejam. 9.30 am kami sampai. Betul2 kan urat dulu. Sape kata tak lenguh? Nak kejar kereta punya pasal kan. Dapat driver mual2 lagi susah tahuu. Hahaha

3 kereta yg kami konvoi. Lg 2 sesat kat mana entah. Haha 

minah nih mmg joyah. harap bertahan. haha 

 
hilang punca.

Muka-muka excited. Biasa lah, baru sampai kan.

Okay. Part paling mencabar. Mendaki tangga-tangga yang bapak tinggi hoii. Mau patah kaki kalo mendaki tanpa henti. Tapi mamat-mamat hero tak boleh lah stop mcm gugurl ayu manis nih. Hilang lah macho kan. Siap lari-lari lg naik tangga depan kitorang kan. Takpe, biasa lah lelaki kan. Hahaha Sebab semua muka tak boleh blah penat gila, tak sempat snap gambar bukti tangga tu tinggi gilaa! Bila sampai kat atas tu baru rasa bernyawa kembali. Sumpah tak tipu. Hahaha

Dan, sampai! Bermula lah aktiviti kami.


AKTIVITI 1
Yg lelaki, hidupkan api, yg perempuan, potong timun. Hahaha








AKTIVITI 2
Mandi sungai laaa! Best woooo. Rugi sape tak mandi.







AKTIVITI 3
Makan plus gilir-gilir bakar ayam.









AKTIVITI 4
Terjun sungai lagiii! Kali nih punya gila eksaited. Haha








Zohor berkumandang. Kami terpaksa berkemas untuk pulang walaupun hati meronta-ronta nak mandi lagi. Takpe, ada rezeki kami datang lagi. Babai Sg Gabai. Sweet memory :')








Last but not least, gambar kenang-kenangan sebelum bersurai.

warga BLB 2, SMSU, 2013.








Thank you for reading this :)

Tuesday 29 January 2013

GEMBIRA SEHARI BERSAMA MEREKA :)

yeahhhh! MERDEKA! haaaaa, punya lah kitorang tunggu-tunggu paper last nih. sebab? sebab, kitorang lah course yg paling last exam. orang laen dah balek awal holiday kat kampung masing-masing, kitorang nih, tak sudah-sudah lagi exam. so, bila dah habis exam, mmg fun gilaa lah even paper last tu macam sangkut je. err --' abaikan je lah. dah dah sembang pasal exam, buat spoil mood je nanti. hahaha 

Actually, kali nih aku bukan nk menaip pasal exam, tapi aku nk menaip pasal our holiday at SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT, SELANGOR. kitorang habis exam 18 Jan. so, 19 Jan tuu kitorang qada' tido semua bagai, yelaaa, bp malam dah tido lambat nak hafal semua cases akta bagai. then, petang tuu kitorang prepare barang-barang yg nak bawak, and esoknya, 20 Januari 2013, kitorang gerak ke Sungai Chongkak!

Actually, asyik actually je aku nihh. ahh, kesah pulak aku. hahaha Act, nak pergi sungai nih bukan plan kawan2 aku yg rapat kat usim tuu. tp kawan2 rapat shimi punya plan. so, aku kan rapat ng shimi, dyorang pun ajak lah aku ng kengkawan aku join sekali. mula-mula tu agak segan lah jugak. yelaa, kitorang nih mmg lah satu course, tp kebarangkalian nk rapat tu takde. sebab ape? sebab gap antara kami sangat dahsyat. hahaha sarcastic. dah dah. melalut.

19 Januari 2013.
Petang tuu kitorang beli-beli barang sikit sebab nk bawak bekal pegi berkelah esok. kitorang nk buat kek batik + roti telur. Aku ng shimi punya projek kek batik tuu. riuh gila buat kek batik tuu. baru 2 orang yg buat. kalau ramai taktau lah apa jadi kat kek batik tuu. hahaha tak sempat nak snap gambar kek batik tuu, sebab pikoh datang mengacau awal sangat kat bilik tuu. diikuti dgn salma pulak kann. hahaha tak jadi kerja bila mereka bergabung. :)

20 Januari 2013.
Pagi-pagi lagi, pukul 9.30, kitorang bertolak ke Sg Chongkak. semua pakat tak mandi pagi hoii. dyorang kata, kalau kita tak mandi pagi, semangat nk mandi sungai tu lagi berkobar-kobar. ye, memang, sangat  berkobar-kobar. hahaha perjalanan dy sangat memenatkan sebab sesat-sesat lagi. yelaa, jaoh ke dalam sungai nih. kitorang nih pulak konvoi 2 kereta. lagi penat dengan pikoh bawak kereta macam org gilaa nya. sian maryam. hahaha




So, bila kitorang sampai-sampai tuu, cepat-cepat cari parking, terus masuk. kena bayar RM1. takpe, murah je. takde lah kitorang nk menganjing sangat. hahaha






Nampak tak semua muka eksaited tuu? haaa, tu belum terjun sungai lagi. before kitorang nk carik tempat strategik nk berkelah, kitorang sempat tangkap gambar beramai-ramai dulu. hahaha




okay, next, kitorang teruskan perjalanan nak carik tempat stategik untuk melepak, berkelah dan mandi. dapat je tempat terus kitorang duduk, makan, tangkap gambar. haaaaa








dah alas perut sikit, kitorang pergi solat zohor dulu. kang kalau dah mandi sungai payah pulak nak naik. baik smayang siap-siap. lepas habis je smayang, terus semua orang terjun sungai. bapak air dy sejuk gilaaa! haaaa.








Lepas semua orang penat mandi, kitorang naik. Sebenarnya tak puas lagi tapi air dy sejuk gilaa kot. bak kata shimi, kat bukit sana tengah hujan kot. sebab tu air dy sejuk. dah tak tahan sangat sebab sejuk, kitorang pasrah, naik, sambung makan ape-ape yg ada lagi. hahaha. Bila dah rasa toilet tu takde orang, kitorang mula gilir-gilir mandi, salin baju, pakai cantek2, then, snap! tangkap gambar before balik. :)




Dah kemas-kemas, check takut ada barang tertinggal, kitorang pun bertolak balik. Bajet terus balik lah? Tak mungkin! Selagi tak malam, jangan harap nak balik kann. hahaha. kitorang pergi lepak Kajang jap, makan sate kajang kann. dyorang nak lepas gian. hahaha






Lepak sampai maghrib. solat maghrib kat Kajang, pastu baru kitorang balik Nilai. babai Sungai Chongkak. panjang umur kita berjumpa lagi. dan persahabatan antara kami harap kekal selamanyaa. :)











Thank you for reading this :)