Friday 20 July 2012

‎RAMADHAN KAREEM 1433H


"ku mengharapkan RAMADHAN kali ini penuh makna.."

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi. Jika tidak nampak akannya, maka genapkanlah hitungan Syaaban menjadi 30 hari."  (Riwayat al-Bukhari)


*TipsRamadhan1
 Mari kurangkan pembaziran waktu berbuka puasa !


*TipsRamadhan2
Untuk yang ada tunang, pakwe, awek, gewe, adik, abang, kakak, nenek angkat, jambu, durian dan macam² istilah yang seangkatan dengannya, kurangkan bertexting yang sia² okehh :)


*TipsRamadhan3
Kurangkan tengok cerita² lagha macam cite korea (korea jugak kena) running man tuuuu, dengar lagu bieber (-..-), cerita yang banyak dedahkan aurat (especially for men). Banyakkan berselawat ke atas nabi. Pelakon korea tak dapat bagi syafaat dekat kita bila kiamat nanti tapi Rasulullah boleh, InsyaAllah !


*TipsRamadhan4
Jangan tidur sepanjang hari macam lembu dan dalam kepala dok fikir "berbuka nanti nak makan tu, ni, nun, blablabla" Paksa diri buat benda yang berfaedah !


*TipsRamadhan5
Elakkan tidur pukul 2-4 pagi semata-mata berfacebook/ bergosip/ layan movie/ main game sampai terlepas sahur dan terbabas subuh. Banyak keberkatan yang ada dekat sahur. Bangun lah sahur wahai manusia ! Hihi. Letak air masak sebelah katil untuk yang liat bangun tahap dewa okay !


*TipsRamadhan6
Merokok tu batalkan puasa tau abang² handsome ! Jangan curi² merokok dalam longkang ke, toilet ke, Allah nampak ! Kalau selama ni azam nak stop smoking tak berjaya, cuba lagi Ramadhan tahun ni ! Tapi bukan hangat² tahi ayam ! -..-


*TipsRamadhan7
Kurangkan mengeluh. Mengeluh tu ibarat kita tak puas hati dengan Allah. Ade hati nak lawan Allah ?


*TipsRamadhan8
Jangan mengumpat, mengata, memfitnah dan seangkatan dengannya.

Bercakap benda buruk yang betul - mengumpatBercakap benda buruk yang tak betul - memfitnah
Jangan cakap benda buruk ! Cakap benda best² je puasa ni !



*TipsRamadhan9
"Tarawih" tu maksud dia "berhenti rehat". Solat pun dapat berehat-rehat. Jadi, takpayah la kelam-kabut nak habiskan 20 rakaat sampai kau pun taktau kau baca ape. Baik kita dapat 8 yang berkualiti. Tapi kalau mampu dapatkanlah yang lebih !


*TipsRamadhan10
Istiqamah.


*TipsRamadhan11
‎"Tengok muka pun boleh tau tak puasa"

Kau sape doe nak pandai² teka ikut muka dia.
Jangan bersangka buruk !



*TipsRamadhan12
Sahur termasuk dalam waktu mustajab berdoa. Kenapa sia² kan? Jangan jadikan sahur kita kosong, kosong, kosong.. -..-


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"..Manusia adalah yang paling banyak membantah" (18:54) 


"Jika kita bertanya bagaimana nilai kita di sisi Allah? Jawapannya mudah saja.. Bagaimana 'kedudukan' Allah dalam hati kita." 
-Ustaz. Pahrol- 






#copy and paste from my friend's facebook : Ir Suhaili =)  thankyouu wehh !

















Thank you for reading this :)

2 comments:

Sue . said...

Aku pun copy semua tips dy weh. Haha tapi save dekat word je lah :)

Bagus kau post dekat sini !

Unknown said...

suhaili seorang yg bagus . byk pahala dy . kalo kt word kena virus hilang . kalo sini i.Allah selamat . =)